soljahtactics lense

Thursday, October 1, 2009

Perkahwinan kakanda kekuda











posted by mohd silmi at 8:12 PM 0 comments

Sunday, August 16, 2009

Permulaan yang burok!!!

BPL baru sahaja menamatkan First game of season 2009/2010. macam yang semua orang tau, liverpool bermula dengan kekalahan di White Hart Lane, Stadium utama Spurs. Kekalahan 2-1 memang menyakitkan apatah lagi melihat semua rival senang hati keluar stadium dengan kemenangan pertama. masing masing bole balik rumah tale bini dan gelfren masing2. Liverpool tak bole tale sebab player bad mood kalah. menarik sangat ke game spurs nih sampai bole kalahkan the koppers? I swear to god i din have any clue what type of game they`re playing. sebab kat kapal aku nih takde siaran telebisen berbayar. aku cume melihat melalui live score soccernet sahaja yang mana comentatornye amat bias babi kepada Spurs membuatkan aku terbakar seperti baru kene simbah gasolin.

"Now Torres cries pen as his cross hit Assou-Ekotto. Liverpool's fans go nuts but the Tottenham fans are laughing their heads off."

ye, memang aku sakit hati. memang!!! nak cakap ape kat aku pon cakap laa. Aku tau yang Liverpool tengah ade krisis player sekarang nih di mane ramai yang dilaporkan injured before they go to WHL. gerrard diragui, aquilani mmg konfem tak men, caraggher doubtfull, skrtel pon same. hem penyokong kelab rival mesti cakap macam nih kat aku..

"alaa..kau asal kalah je banyak alasan, dah kalah tu terima je laa. takyah nak bagi alasan player injured laa.. benitez sakit jantung laa, samy lee kene pukul laa"

Yess!! aku terima kekalahan dengan hati terbuka. but let me remind u something about me and the kop. Even kalau liverpool relegate pon sampai terpakse masuk Liga Super melesia pon aku tetap akan sokong. ITU BARANG PASTI!! yeah, aku harap akan ade keajaiban nenek kebayan mak lampir daripada Rafa Benitez untuk next game iaitu menentang Stoke City, at home. harap2 benitez bekukan cuti budak2 nih. trening sampai lebam. sampai prestasi game derang seperti kelab gagah melawan kelab bolasepak bangladesh. Yang best kat anfield aku bole denga crowd melalak ramai2 nyanyi YNWA (you`ll never walk alone) yg ditulis oleh Rogers and Hammerstein. Kepade yang belum tahu. lagu YNWA digunapakai sebagai chant song oleh dua kelab iaitu Liverpool dan Celtic. Tapi pegi mati sama celtic. Liverpool dulu yang pakai lagu nih..wahahaha

"ala baru satu gem mi, rilek laa, hero kalah dulu"

mungkin teman2 koppers aku akan cakap macam ni. Ah.. sumpah aku tak suke pepatah nih. mungkin kerana terlalu banyak menonton cerita tamil nadu hari jumaat selepas solat jumaat mereka2 nih. tapi the real fact is we got remaining 37 game yang belum tahu lagi apa kesudahannya.

Tahniah la kepada pasukan2 yang menang tambah2 lagi Arsenal. they have shown a very brilliant game with david moyes punye anak buah. terkedu kene 6-1, tahniah juga pada Man u walaupon menang tipis ngan birmingham 1-0 jaringan Wan Roni Wan Selamat. Tahniah jugak pada Chelsea yg Walaupon ketinggalan 1-0 kepada hull, tetapi abang ijat Drogba menyelamatkan keadaan. kat sini aku tiru and tampal (kopipes) segala rizalt untuk the very first game BPLku sayang.

Saturday, August 15, 2009

Final Chelsea 2 - 1 Hull City Stamford Bridge (41,597)
Final Portsmouth 0 - 1 Fulham Fratton Park (17,510)
Final Wolverhampton Wanderers 0 - 2 West Ham United Molineux Stadium (28,674)
Final Blackburn Rovers 0 - 2 Manchester City Ewood Park (29,584)
Final Bolton Wanderers 0 - 1 Sunderland Reebok Stadium (22,247)
Final Aston Villa 0 - 2 Wigan Athletic Villa Park (35,578)
Final Stoke City 2 - 0 Burnley Britannia Stadium (27,385)
Final Everton 1 - 6 Arsenal Goodison Park (39,309)

Sunday, August 16, 2009

Final Manchester United 1 - 0 Birmingham Old Trafford (75,062)
Final Tottenham Hotspur 2 - 1 Liverpool White Hart Lane (35,935)

Ye. Best kan tengok Result yang last skali tuh liverpool kalah.. ye gelak..gelak. nanti kau kalau kalah memang aku gelak macam Ramli,sudin, ajis gelak kat Pak Abu sebab cakap hurup M. Nanti kau!! hahahah emosi sangat aku ari nih.. efek die kat keje aku nih haa.. jadik malas macam orang yang ade telur hanya sebijik.. ye sebelum aku menamatkan repekan aku hari ni, mari same2 kite tgk the next fixtures untuk minggu depan.Minggu depan semua pasukan main 2 kali. midweek game ngan wiken game.les cekitdaut..

Tuesday, August 18, 2009

19:45 UK Sunderland v Chelsea Stadium of Light
19:45 UK Wigan Athletic v Wolverhampton Wanderers DW Stadium

Postp. Arsenal P - P Bolton Wanderers Emirates Stadium
Postp. West Ham United P - P Aston Villa Upton Park
Postp. Fulham P - P Blackburn Rovers Craven Cottage

Wednesday, August 19, 2009

19:45 UK Birmingham v Portsmouth St Andrews Stadium
19:45 UK Hull City v Tottenham Hotspur Kingston Communications Stadium
19:45 UK Burnley v Manchester United Turf Moor
20:00 UK Liverpool v Stoke City

Saturday, August 22, 2009

15:00 UK Arsenal v Portsmouth Emirates Stadium
15:00 UK Birmingham v Stoke City St Andrews Stadium
15:00 UK Hull City v Bolton Wanderers Kingston Communications Stadium
15:00 UK Sunderland v Blackburn Rovers Stadium of Light
15:00 UK Manchester City v Wolverhampton Wanderers City of Manchester Stadium
15:00 UK Wigan Athletic v Manchester United DW Stadium

Sunday, August 23, 2009

13:30 UK West Ham United v Tottenham Hotspur Upton Park
15:00 UK Burnley v Everton Turf Moor
16:00 UK Fulham v Chelsea Craven Cottage

Haa, inilah kuasa internet, gem taun depan pon aku boleh tengok, terase seperti nenek kebayan menjampi bola hikmat yg bole predict mcm2 benda je. ok, selamat menonton game semua ye para sahabat. nak tgk bolasepak melesia dah habis dah. so tgk je laa game2 kat BPL nih. sehingga jumpe lagi untuk komentar post game ari selase nih.. babai
posted by mohd silmi at 1:29 PM 0 comments

orang2 yang serupa tahik bila bekerja di offshore

korang kene tahu yang bile aku mempunyai kelapangan masa sahaja aku akan akan menulis. kepada sesiape yang kenal aku, mereka akan tahu bile mase aku akan menulis. Firstly bile aku buhsan tahap bile nampak biri2 pun nafsu syahwat meningkat naik macam kuasa Son gohan Super Saiya ( no offense kepada yg terase..helehh biri2 je pun, come on u can do it) and secondly bile ade bende2 kelakar berlaku kat sekeliling aku. tapi aku pilih no 1 la punca sebab aku menulis nih.

"hey silmi, kenape ko bosan dol dok laut? baru sebulan je. tak bleh blah sial kau. manje nak mati"

Haa, bab ngate kat orang memang no 1. tunggu sampai ko keje laut lame2 tak dapat raye macam aku nih. berkaca bai mate hari raya pertama dengar orang2 Iban melalak nyanyi lagu raya dendangan Black Dog Bone (hahaha, sumpah teringat mamat bodoh kirim email cakap Slumdog millionaire sebagai "One million Dollar Dog Man". go to hell u Dumbass). dan lagi satu aku bosan ade kaitannya dengan topik kite pada hari ini iaitu "orang2 yang serupa tahik bila bekerja di offshore".
mari kite cube pikirkan orang orang seperti akan akan aku huraikan nih.

Mr. Clean shit ass

yeah. aku mengaku aku bukannye orang yang pembersih sangat. tapi orang yang aku maksudkan ni adalah orang yang pemberish gila babi. mcam crita matchstick man lakonan nicholas kandang. dari penampilannya kita sudah tau sama ada die nih jenis yang macam mana. kat sini biar aku huraikan sikit. Muka Mr. Clean nih biase licin macam bapuks siam (bukan bapuk malaysia ya..bapuk malaysia bapak huduh.lebih kurang sama dengan ahmad nizad dan Dzulkarnain). bila jalan ke mana mana bawak tisu, turun tangga kapal pegang handrail mesti die bawak keluar tisu tuh dari dlm poket. lapik handrail konon2. padahal handrail sebelah dalam kapal nih yang mamat steward selalu bersihkan. pastu jalan sikit lagi jumpe pintu galley (galley adalah kentin kapal), lg skali die bawak kluar tisu lap kat tombol, pastuh gune tisu sama untuk bukak pintu tuh. What is the point my shit ass fren, tak payah laa lap kalau pembersih sgt pon, lapik ngan tisu kau tu pon dah cukup untuk bukak pintu tuh. Stok tisu Mr. clean nih mmg banyak..bawak sendiri beb dari rumah. itu pon sebab kene marah dengan Camp boss(camp boss adelah ketua steward kapal..jage minum,makan, sabun dll). nak buat cemane, berak nak tisu,handrail nak tisu, bukak pintu nak tisu. aku rase mamat nih kalau wank mesti pakai tisu jugak.

"eyyy geli laa nak pegang anak gajah. oh anak gajah aku rupenye, seb baik"

Go to hell u asshole. ade lagi bende yang best tentang mamat nih. buat pengetahuan korang aku pernah sebilik ngan Mr. Clean nih. memang bilik aku bersih laa bai. itu part bagus. aku jarang jumpe die sebab kami syif lain2. aku kerja mmg agak kotor kadang2. biasa laa kuli beb. kerah keringat. ade this one day, aku bekerja serupa Kadir bangladesh buat bangunan. sweating all over. kuyup coverall. terasa celah celahan kangkang aku cendawan butang dan sayur bendi mula tumbuh akibat terlalu moist di dalam sana. So aku masuk masuk bilik sebab mau mandi dan cantas pokok2 tuh. "phammmm" pintu bilik aku bukak dengan rakus akibat letih. Mr. Clean tergamam kat depan tuh. oh the best part time tu aku kene marah sebab tak keje tak pakai safety glass. ini kali kedua ye kene marah ngan mamat transocean orang putih makan babi tuh. kali ketiga die nak hantar aku balik darat. balik kat cite lam bilik tadi. aku masuk bilik bukak coverall n pakai towel n duduk kat meja aku. Mr clean nampak aku cam moody mcm nak bunuh orang pakai MP5 (tekan B 3-3 untuk Counter Strike), so mamat nih datang laa dekat konon2 nak pujuk aku yang tidak berbaju nih (hoh kinkiynye..macam cerite blue) die pegang bahu cakap "silmi, What happened to you.. you look moody"..hoh DIA PEGANG AKU PAKAI TISU. babi hanjing betul. terasa diri aku nih seperti kucing mati yang perut die membusung nak pecah dalam tong sampah.. busuk dan menjengkelkan. aku jeling mamat tuh tanpa kata. dan terus blah ke bilik air.

Mr. Boos Wanabe

Yang nih lagi macam haram lakhanat. dia nih kalau client takpe. cam budak2 petronas ke, Shell ke Talisman ke, tak kesah laa mereka mmg bos. Kamu tuh dah la kuli, disuruh buat kerja kotor, so buat laa kerja. coverall kotor bukan kau ataupon bapak kau yang basuh. Steward kan ade bang. Orang cam nih biasenye ade sikit2 sifat Mr. Clean tadi seperti koya hygine jaga lubang dubur die and juga bakat kepimpinan sepeti mandur estet. Lagak macam khairy Jamaludin menyuruh orang2 kampung kat jeli sana supaya jangan sokong parti pembangkang. "Tuan2 semua jangan ingat tuan2 akan senang bila sokong Parti x". Dia nih juga biasenya baik dengan orang2 besar. Bila client lalu depan ucapan selamat pagi saja tak cukup. mesti ade "hensem la jubur tuan hari ni. basuh pakai air ka? biasa pakai tisu..tak basuh jubur pon tuan tetap hensem macam nenek saya". Sungguh irritating shit.

orang jenis nih ade buat tahik juga kat aku. orang atasan dari company dia ada mintak tolong tarik water jetting Hose dari ROV yang ada dalam laut tuh. Water jeting nih, air yang dimampat supaya pressure die tinggi untuk bersihkan marine growth yang melekat di kaki platform dalam air laut sana. pasal Water jetting hose ni sebenarnya bukan barang kitorang. barang Mr. Boss Wannabe ni punye kampeni. kami dan die adelah same same sub kontraktor atau bahasa fancynya Sub-con. So kami boleh cakap "Go pull up yourself you sunnavabitch, i dont give a shit". tapi sebab ketua si Mr. Boss wanabe nih amatlah baik dan kelakar seperti Ebi yus, so kami pon tolong dengan senang hati. berat nye hose nih adalah seperti menarik kereta api yang ditarik henbreknya.. oh tak, tuh melampau sangat. tapi the point is mmg berat cam setan laa. syif malam hanya ade aku, teammate aku, budak cine sorang dan Mr. bos wannabe nih.

So, time tarik mmg azab, perit, peluh kurap semua kluar. Haih. time tarik laa Mr. boss wanabe nih nak gi toilet la, sakit perut laa, sakit jubur la kene tale ngan saiful bahari baru baru nih. macam2 alasan keluar. bile kene sound ngan boss die kenape slalu lari die ade kejap. pastuh mengarah pulak!!! tak tarik pon kawan- kawan yang budiman. macam cheerleader sekolah pompan BBGS. die pegang walkie talkie supaya bole la escape dari kene tarik hose tuh. pastuh dalam aku tarik2 tuh ade la tepijak kasut die sambil tersiku dada dia (aku taktau laa sengaja ke tak). mak aih bole die sound aku pulak!!!

"ko elok2 laa, semua bende ko nak langgar"

Menyirap bai!! em hemmmm..rase nak penampar dengan hose tuh kat muka dia ngan bapak dia. come on brader. ko pakai safety shoes. muncung kasut tuh ade besi yang kalau pukul kepala bapak kamu boleh jadi dia lumpuh seumur hidup. stakat aku pijak bukan rase ape pon. mengade mengalahkan pompuan.

Mr. Samseng

"engkaulah tuah, engkaulah jebat, Tiada siapa yang akan berani dekat. Sampai bila kau nak jadi raja membabi buta, satu hari kau akan jatuh takhta, kehabisan bisa, mana tuah, mana jebat, mana kiri kanan bersatu, mana isi dan kuku, mana pergi..semua janji"
macam tuh laa lebih kurang. kita kat dunia nih kene beringat, "Samseng2 kite kat dunia nih, Tuhan tuh lebih samseng. Mampu menghancurkan alam semesta dalam sekelip mata jika diinginkannya" lebey kurang macam tuh laa kata kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang menjadi isu parti Dacing yang cume potong sekerat dan tepek di Buletin Utama. Media kerajaan nih mmg bodoh nak mati. mereka menggunakan skil software maju mereka dan cut part TGNA cakap " tuhan samseng " saje. shit ass!!

ok tentang mamat nih pulak, mungkin dulunya dia pernah menuntut di gunung kabupaten, di sumatera barat dan terus berlakon dalam felem sunankalijokho (hahahaha..bangang betul la halaman pertanian din beramboi) so semua orang die nak sound. Kat steward, AB kapal, oiler and budak2 baru blajar naik offshore, tidak lupa juga orang yang bukan satu negeri dengan die mmg habis laa dia cerita tentang kepoweran die seperti Ultraman Taro memukul raksaksa tangan lapan. "Orang nih aku pukul, orang tuh aku semelih, si brahim aku tumbuk sampai hilang gigi depan dua batang..skarang nih brahim tgh pakai gigi palsu laa tuh..siap Poliden lagi..ala yang mirnawan nawawi cakap sekarang saya pula yang gelak besar tu" sembangnya lagi. dalam dunia nih dia paling kuat. uratnya besi.. tulangnya titanium.

orang nih penah sound kami2 geng kacak ini. hwahaha. hari tuh aku lupe sign toolbox meeting punye sheet, pastu die masuk kontena kami n sound, "wei ko tak sign lagi ke sheet nih, ko ingat aku bibik kau ke hari2 nak menyembah kau soh sign sheet nih".. huh mak aih menyirap darah aku.. jam baru kul 12.05 tengah hari.. maknenye aku baru 5 minit masuk shift.. dah laa tak makan lagi sebab handover dr shift sebelum aku tuh.

"aku baru sampai lime minit ni ultraman, bg aku rilek kejap bole tak"

hah sebijik ayat tuh aku bagi kat die, tak lawan pulak..aku tunggu je die lawan. Walaupon die tua daripada aku dalam 10-15 taun gitu peduli ape aku. Orang orang yang macam nih la buat org2 muda tak respek langsung ngan orang tua. pastu cakap budak2 muda sekarang kurang ajar.. Apa lu crita mat!!

Mat manje

Save the best for the Last. Orang macam nih tak pernah pon buat kacau kat aku. dan ade jugak kawan kawan aku tergolong jugak laa dalam kes nih. bukan semua ye..bukan!! dan aku tak rase golongan nih menyusahkan hidup aku pon. tapi golongan nih lucu laa seperti sathiya.
orang yang dikelaskan dalam golongan nih biasenye ade awek, awek pulak kalau tak call sehari mmg mintak clash, biasanya akan cuba jugak call awek dia walaupon pakai line tlepon kapal yang menggunakan telepon Satelit transmit yang charge die untuk seminit adelah 12 Dollar amerika. die pegi offshore bawak anak patung yang awek die kasi. haduih.. (cum on alltogether now.."schoooo Scuweeeeet"- petik kata2 dari obefiend.blogspot.com kejap) hahaha.. bile dua hari tak tepon awek korang bole tengok muka dia dah macam Osman Jailani@kassim selamat lepas keluar dari kolong rumah.

" bas marsin ( bas marsin nih chief engineer Barge) ..Si X dulu kerja cemane, bagus tak die?"

"Oh bagus skali, tapi asik teringat cewek, asal ingat cewek saja cium anak patung.. baik cium kontol gue..Astaghfirullah (bas marsin bile carut mesti ade istifar blakang die)

wahahaha.. rilek dulu, jangan teka dulu sape die, yang terase tuh jangan marah. sumpah kalau marah aku tanak menulis dah..dah habis adab ketimuran dah aku sorok nama nih.ade lagi nak bubuh nih. mamat nih juga biasanya cepat mabuk laut. sikit2 muntah pastuh jadi medu macam dah hilang buah scrotum. kat darat die laa raje. cilok sana sinun, ade lori tanker-pancung habes. ade kereta bakar2 sikit, kejar slaluh boh- tak cakap banyak punya laa. padahal kancil turbo je pon.

"Kancil je pon" kata2 ini merupakan kata2 membunuh ya.. kepada yang paham tahniah!!!~

laut baru goyang macam biji scrotum punye amplitude die dah muntah. belum start keje lagi tuh.. end of the day, die dah muntah dekat 15 ratus kali dan paling last die muntah hanya kluar angin saja dan bau angin muntah itu seperti bau mulut beruang coklat yang makan bangkai, wahahaha.

ok dah habis dah aku merepek.. kepada yang terasa mintak maaf laa. bukan nak kutuk pon, nak berkarya laa. marah jugak aku taktau laa, kepada yang baru nak keje offshore selamat bekerja dan ingat org2 yg aku sebutkan kat atas nih.. kepada yang pernah ke offshore mesti tersenyum macam kambing sambil urut janggut.. len kali aku akan berkarya lagi untuk forum nih..sebab nampak forum nih macam bosan je lately.. jangan marah admin!! ok so long n goodbye for me. Selamat Berpuase semua!!
posted by mohd silmi at 1:27 PM 0 comments

Tuesday, June 16, 2009

wedding afeeq and shima, KGPA















posted by mohd silmi at 9:36 AM 2 comments

Friday, June 12, 2009

majlis resepsi waida, clunk

hai semua,

saya muncul lagi. kali ini dengan lebeh banyak post. lama dah tak upload gambo dalam belok aku nih.kali nih aku shoot gamba kawin kat klang, pengantin nama saidatul waida lelakinye nama azril tak silap aku. aku berminat dengan wedding nih sebab dijanjikan ada vespa semasa melakukan shoot outdoor.. tetapi rancangan terbatal kerana ketiadaan vespa. hoh kecewa jugak laa..nak mengamok pon ada..hihihih tapi takpe aku hepi ngan shot aku kali nih.cantik ke tak korang yang komen ok.

kad dan cinchen

mata waida

ecececece nyampah.. men posing2 plak..huhuhu jangan mara

blakang compact cam

perarakan mempelai..ehh macam eja maplei plak

blakang bunga

waida

azril

waida lagi mencebik

outdoor kat setia alam

speki

awak..tengok tuh burung wak wak
posted by mohd silmi at 10:43 AM 0 comments

Saturday, March 28, 2009

majlis resepsi kakaknye si babak

salam semua,

episod kali ini membawa kita ke ceruk rompin sana di mana para para jin bertendang dan berterajang..hahahaha..kalau babak dengar mesti dia marah..meti dia cliam kat rompin dah ada seven E, hahaaha yaaa bak..dulu memang aku ada cakap kemajuan sebuah bandar diukur dengan adanya sebuah kedai serbaneka 24/7 yang harga barang barangnya overprice..itu dulu.. nendiaaa statement baru aku mengenai kemajuan..sebenarnya di zaman ini kemajuan bandar diukur dengan adanya liputan 3G barulah aku kira maju.. mungkin statement aku nih tak boleh pakai untuk 3-5 tahun akan datang..mase tu dalam hutan pon ada 3G..rimau mau pakai main frenster..papehal pon jangan marah babak..marah tandanya matang tak bertempat.

haaa...kat rompin nih laaa berlangsung majlis perkahwinan kakaknye si babak iaitu norhafizah norzan dengan jejacker pilihan hatinya natasha..oppp jangan tanya aku kenapa namanya begitu.. tanye tasha ke babak ke..first time aku folo kawin sampai 2 hari..first time jugak buat outdoor kat pantai..trip nih memang aku puas..sepuas puas burung berterbangan..terima kasih banyak2 buat babak bagi aku chance untuk wedding kali nih..buat pengetahuan semua aku dan babak merupakan OP untuk majlis meriah nih.. pengantinnye pulak kakak si babak..memang rase selesa baeekkk punya..tadak malu malu dah..silakan lihat gambar yang tak seberapa ini
















posted by mohd silmi at 11:37 AM 2 comments

Wednesday, March 4, 2009

majlis akad nikah pasangan rod dan razak di Melawati

salam semua,

yeahh...post aku makin banyak..nih laa akibatnya kalau banyak sangat dok rumah. posting hari hari ade..bajet cam pro.tapi takpe ini adalah saranan kawan kawan demi untuk memeriahkan lagi website kami www.planbphoto.com.my. jemput masuk yee..tambah nasi..yang belakang sana tuh. majlis ini berlangsung pada hari jumaat dimana ramai rakan rakan plan b yang bekerja dan mengular menghabiskan harta kerajaan..so kami bertiga sahajalah yang pergi iaitu aku, palik dan ben (mamat nih sepatutnya keje..tapi...) berlangsung kat taman melawati..alaaa senang je laa rumah die.. pertama kali aku pegang wide lens secara full..dari awal sampai akhir..kalau tak ade je yang nak pinjam..hahahaahaha (lens sebenarnya babak punya)..terasa kepuasan mengambil shot2..pape pon tengok aje hasil aku di bawah

















posted by mohd silmi at 11:05 PM 3 comments