soljahtactics lense

Saturday, March 28, 2009

majlis resepsi kakaknye si babak

salam semua,

episod kali ini membawa kita ke ceruk rompin sana di mana para para jin bertendang dan berterajang..hahahaha..kalau babak dengar mesti dia marah..meti dia cliam kat rompin dah ada seven E, hahaaha yaaa bak..dulu memang aku ada cakap kemajuan sebuah bandar diukur dengan adanya sebuah kedai serbaneka 24/7 yang harga barang barangnya overprice..itu dulu.. nendiaaa statement baru aku mengenai kemajuan..sebenarnya di zaman ini kemajuan bandar diukur dengan adanya liputan 3G barulah aku kira maju.. mungkin statement aku nih tak boleh pakai untuk 3-5 tahun akan datang..mase tu dalam hutan pon ada 3G..rimau mau pakai main frenster..papehal pon jangan marah babak..marah tandanya matang tak bertempat.

haaa...kat rompin nih laaa berlangsung majlis perkahwinan kakaknye si babak iaitu norhafizah norzan dengan jejacker pilihan hatinya natasha..oppp jangan tanya aku kenapa namanya begitu.. tanye tasha ke babak ke..first time aku folo kawin sampai 2 hari..first time jugak buat outdoor kat pantai..trip nih memang aku puas..sepuas puas burung berterbangan..terima kasih banyak2 buat babak bagi aku chance untuk wedding kali nih..buat pengetahuan semua aku dan babak merupakan OP untuk majlis meriah nih.. pengantinnye pulak kakak si babak..memang rase selesa baeekkk punya..tadak malu malu dah..silakan lihat gambar yang tak seberapa ini
















posted by mohd silmi at 11:37 AM 2 comments

Wednesday, March 4, 2009

majlis akad nikah pasangan rod dan razak di Melawati

salam semua,

yeahh...post aku makin banyak..nih laa akibatnya kalau banyak sangat dok rumah. posting hari hari ade..bajet cam pro.tapi takpe ini adalah saranan kawan kawan demi untuk memeriahkan lagi website kami www.planbphoto.com.my. jemput masuk yee..tambah nasi..yang belakang sana tuh. majlis ini berlangsung pada hari jumaat dimana ramai rakan rakan plan b yang bekerja dan mengular menghabiskan harta kerajaan..so kami bertiga sahajalah yang pergi iaitu aku, palik dan ben (mamat nih sepatutnya keje..tapi...) berlangsung kat taman melawati..alaaa senang je laa rumah die.. pertama kali aku pegang wide lens secara full..dari awal sampai akhir..kalau tak ade je yang nak pinjam..hahahaahaha (lens sebenarnya babak punya)..terasa kepuasan mengambil shot2..pape pon tengok aje hasil aku di bawah

















posted by mohd silmi at 11:05 PM 3 comments

majlis resepsi ijoi dan wani 010309 di Bagan Datoh

salam semua,

blog ke lima dari aku sebagai seorang photog cap ayam dan masih belajar lagi. majlis resepsi adik kepada budak batch aku iaitulah reen. pasangan ijoi dan wani diijabkabulkan malam sebelumnya 28 /02/09. majlis ini cukup isitimewa di mata aku kerana macam2 aktiviti ada membawa ke malam seperti karaoke, berzanji, acara pantun dan mintak tol bagai, persembahan penyanyi jawa,tarian kebudayaan, dan macam macam lagi laaa..bertempat di balai polis mane pon aku dah lupe,tp dekat2 bagan datoh laaa..masih mengamalkan gotong royong kampung tanpa katering cekik darah menampakkan lagi budaya melayu abes laaa.. walaupun shoot sampai gelap hari, gelap mata dan gelap hati (ditujukan untuk b.a) ,kepuasan amatlah dirasai dengan event yang banyak dan pasangan pengantin yang sempoi abis laa wa cakap kau.. membuatkan aku lagi selesa beraksi sambil baring2 cari angle..bajet macam pro..ape ape pon tgk laa hasil aku yang cantik ini (ayat nak motivate diri...sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri)..hahahah




















posted by mohd silmi at 8:13 AM 1 comments