soljahtactics lense

Thursday, February 19, 2009

event merakyatkan seni budaya KKKW di desa Rhu

salam semua lagi sekali,

blog keempat aku ini agak lain daripada yang lain kerana ini merupakan event kerajaan Malaysia oleh Kementerian kebudayaan kesenian dan Warisan kalau tak siap aku dengan tema Merakyatkan seni budaya di Padang bolasepak taman Desa Rhu, Seremban, Negeri Sembilan. Dihadiri oleh tetamu VVIP iaitu Dato' Seri Mohd Sahfei apdal dan menteri besar kebanggaan saya nogori sembilan iaitu Y.A.B Dato' seri utama Mohammad bin Hassan (maaf kira tersalah gelar). Sengaja dibuat di padang bola di tengah tengah taman bersesuaian dengan tema merakyatkan seni budaya..senang orang2 kampung den tughun...dopan rumah yo, memang menarik aktiviti disediakan seperti galah panjang, sepak raga bulatan, lumba makan durian, congkak, bengkel seni khat, bengkel fotografi dan macam macam lagi.. kat bawah ada macam2 gambar yang aku snap untuk tatapan semua...

kraftangan malaysia dan slogan belilah kraftangan buatan malaysia

kasut nih derang ukir jadik kasut..bukan untuk pakai


pakaian beragam kanak kanak- pakaian ala mongol


lagi gamba budak budak


pertandingan lumba makan durian..boleh tahan macik nih


abang2 dari hijjaz


haaaa.... gambar kebanggaan..dongan oghang kampung den..eby yus.. macam babak pon ada


lagi ngan pelawak sathiya n angeline tan


menteri bosa den, YAB Dato' seri utama Mohammad bin Hassan


Dato seri Ahmad shafei bin Apdal


menyanyikan lagu negaraku
posted by mohd silmi at 12:07 AM 2 comments

Wednesday, February 18, 2009

petr babak`s engagement ceremony

salam semua,

dalam diam diam blog aku dah memasuki siri ketiga berjudul Petr babak`s engagement ceremony. terlebih dahulu biarlah saya memperkenalkan siapakah petr babak ini. Petr babak dilahirkan di Rupublik czech merupakan adik keempat kepada Petr cech, goalie pasukan chelsea. sungguhpun begitu beliau terkena demam panas seusia 2 tahun berserta cirit birit dan batuk kokol menyebabkan beliau sedikit cacat dan jauh panggang dari api jika hendak dibandingkan dengan rupa petr cech. kerana dipinggirkan keluarga beliau melarikan diri ke Malaysia dan sekarang menetap di Taman Melati dan bekerja di Petronas Dagangan di KLCC. Juga merupakan senior PlanB yang kadang-kadang lagaknya menyekik kata mat kelantan. Memandangkan beliau tidak boleh masuk ke rumah perempuan kerana mengikut adat katanya, jadi saya dan rakan rakan Plan b dipaksa secara percuma untuk mengambil gambar2 tunang beliau.. lagaknya seperti mandur mengarahkan bangla membancuh simen. dan dibawah ini beberapa gambar yang aku snap dan edit untuk tatapan semua..

Rumah tunang babak di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, oghang kaya nih

aku harap babak tidak mengusap laptopnya bila melihat gambar bunga ini...memang cantik bak!!!

sesi make up..cantik betul warna bilik nya,pink karee..untuk nak jayakan shot ini kami kadangkala terpaksa menyuruh mak andam berenti buat kerja sekejap

anim (ehh..anim ke name die) bersama kanak kanak dipercayai sepupu beliau.. huh konfiden je aku cakap sepupu..aku cuba bermain black and white walaupun aku cam rase tak best je

babak babak, en norzan, tunang babak dan bapak tunang babak seiringan.. kelihatan en norzan begitu selesa dengan pose ini, sila panggung bagai.. lagaknya saling tak tumpah seperti haji bakhil yang hendak ke peknek (picnic) untuk berjumpa chekgu murni. en norzan tersenyum girang. berikut adalah dialog sebelum bergambar..

amat: bos boss... hensem betul ari nih..macam rod hudson laaa..

en. norzan: dia bilang aku rod hudson..haaa amat kau pegi kedai depan cakap sama tokey kasi dua biji telur rebus dengan kopi untuk kau..hari nih saya belanja..

amat: bos boss..ada lagi dua orang mau lagi telur macam yang saya makan tu..diorang pon bilang muka boss macam rod hudson..

en norzan: jangankan telur rebus..kepala ggajah pon kalau kau mau makan..kau mmakannlaaa..

haaaa, begitulaa ceritanya..marah kee..aihh rilek luhh, takkan nak ngamuk kot..sekadar gurauan ye kawan2

tangan dan cincin

salwa si kakak bersama si adik..si kakak udah kawin


gambar yang disnap belakang kain renda
posted by mohd silmi at 5:40 AM 0 comments

Friday, February 6, 2009

journey to Dubai

salam semua,

ini merupakan posting aku yang kedua.. journey to Dubai diberi nama. pemergian kesana adalah semata mata urusan kerja. Oh, bagi yang tidak tau, saya bekerja sebagai pencacai lautan luas. pencacai lautan ini kerjanya sama seperti menyambung ekor beruang..cokop marbahaya, siang malam berjage jage. sekali die ngap..saye pon ngep.. kata sudin.

perjalanan bermula di stesen putra LRT Taman Melati menuju kl sentral dan ke klia trus.




taman melati putra station.


sampai je kat sana aku menginap di Sharjah Rotana hotel.. 30km dari dubai.. keesokan harinye trus naik kapal..ohh, job aku kali adalah Debris clearance survey, job yang mana kene recover anchor, atau bahasa endonnye 'jangkar' yang hilang dilautan..macam biasa hari pertama naik kapal memang penat nak mati, seingat aku la..aku bekerja setup dan testing equipment memakan masa lebih 18 jam tanpa henti!!! 18 jam setan!!! bangla pon tak keje macam aku ni..tapi nak buat cemane, nak kejar mase punye pasal. Beberapa shot yang aku pikir menarik untuk tatapan telah aku upload. Subhanallah..cantik betul ciptaan tuhan..

nak menunggu shot nih mengambil masa tiga jam aku tunggu supaya kapal tuh betul2 lalu bawah mentari pagi

platform kepunyaan rak petroleum..platform negara Oman


ini chief mate (pangkat bawah kapten kapal) teropong janda di daratan..hahaha, orang endon

yang besar tuh adalah bouy (pelampung kot bahasa melayunye) yang didaratkan kami.. nak boleh ke jumpe binatang nih kami survey 6 hari

anchor kapal mula mula jumpa tali kepada anchor yang hilang..mase nih seronok kan main..
kerja recover anchor membawa ke maghrib..berlari lari pekerja kapal sambil menepuk buntut sesama sendiri seperi gay

sunset dengan jack-up rig

sunset jugak kat sharjah port..kelihatan anchor yang dicari

perjalanan ke airport
posted by mohd silmi at 9:43 PM 3 comments

roadtrip to genting & cameron highland

salam semua,


terima kasih kerana mengunjungi blog aku..trip to genting and cameron highlands. Sekali tengok macam syok sendiri,dua kali tengok pon macam syok sendiri jugak. Aaah,takpe laa..blog aku bukan blog korang. Aku dan kawan kawan plan-B menjayakan roadtrip ini pada 31 hb 1-1 hb 2 2009 tempoh hari..memang syiokk kata jik kudin urang sabah.kami bermula di Genting Highlands kota keriangan. Ada beberapa cadangan (seingat aku daripada planner-yon) yang berkata mahu stay kat genting, tamau gi cameron. Cadangan ini membuatkan kami berbulu tengkuk melihat planner itu. Cadangan yang bukan bukan lagi iaitulah melihat sunrise di genting padahal kabus tebal seperti dalam mimpi..ade glow glow bagai (tepi tepi tak nampak..nampak orang je.)Matahari memang tak nampak.

tapi kami meneruskan aktiviti dengan bermain permainan dalam pintu atau bahasa asingnya indoor games yang tahpape tapi amat menarik. beberape gambar juga diketip bagi memasukkan dalam blog ini. Harus diingat bukan semua gambar yang ada disini aku yang ketip..senang cite yang ada muke aku tuh bukan aku la yang ketip..


untuk menjayakan shot ini, kami tiga kali turun naik lif..macam orang batak

dua orang cina yang cukup menyampah melihat muka falik..atau cine ini tidak gemar gambarnya dirakam

bersama abang ben..berlatarbelakang merah, due2 the reds hooligans

memandangkan orang ini paling hensem..maka dia dihighlitekan..yang lain bukan tak hensem, hemsem sikit je dari lembu..tambah2 lagi yang sebelah insan hensem itu

gambar kaki ghazi.. takkan nak ketik kaki ben kot?!!

bole kesan tak mane satu orang yang paling degil dan kapla batu?!! yang ko tengok blakang tuh apahal babak?


falik lagi..dia suka beraksi begini,die kata dia rasa bebas bila berada dipuncak..bebas apa aku tatau
gambar planner-yon kalau nak kenal
yon lagi..kali ini dengan bunga..sesuai dengan jiwa beliau..mat bunga

nyaman betul..sedap tengok view nih sambil hisap surya..

haaa...sapa mau celen, patung batu nih pon senang senang aku buat kalah..hidung belang,huh..pegi mati laa wei
posted by mohd silmi at 9:02 AM 6 comments